Sunday, 7 March 2010


Apa nak jadi dengan cekgu-cekgi ni..hehehe

Friday, 26 February 2010

Alhamdulillah


Selesai sudah Program Kepimpinan Pelajar SMKTIS yang disertai oleh 75 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Tingkatan dan juga Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Tahniah buat semua. Semoga anda menjadi pemimpin yang hebat.

Keterlibatan anda sebagai pemimpin di sekolah amat penting dalam mengasah bakat kepimpinan dan juga sebagai nilai tambah untuk anda jika ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA. Bermula tahun hadapan, penilaian untuk ke universiti dikira 70 peratus akademik dan 30 peratus kokurikulum. Dengan menyertai badan kepimpinan, anda pasti mempunyai kekuatan dalam memimpin diri, dan rakan-rakan di sekolah dalam usaha membantu guru-guru di sekolah. Tahniah buat semua!

Nak tengok gambar????Kat bawah tuuuuuuu...hehe











Tuesday, 19 January 2010


Team Praktikal, UPSI (6 ORANG:KAUNSELING 2, SENI 2, KIMIA 2), UPM (SAINS 2 ORANG), UITM
Hari pertama : 18/1/2010

Mula sampai bina hubungan dengan Pentadbir sekolah, guru-guru, berjumpa guru kaunseling, guru disiplin. Diberi amanat oleh Pen.Kanan, Puan Nazariah, yang juga merupakan bekas kaunselor ketika dahulu. Katanya, walaupun jadi Pen.Kanan, namun, kaunseling amat membantu dari segi urus keluarga. First day, atas attitude, she said " Very Good". Baru makin semangat kami.Hehe. Then, katanya, tak silap hari bulan dia sendiri yang akan survey kami berdua ketika buat sesi nanti. Then masuk bilik kaunseling, bina hubungan dengan kaunselor sekolah. Mereka sangat bagus dan mesra. Bilik kaunseling meriah. Berfungsi. Pelajar sentiasa keluar masuk berjumpa kaunselor. Membantu mereka buat sedikit pengurusan bukan atas suruhan tetapi sekdar ingin membantu. Kaunselor belanja makan. 6 orang kaunselor di sini 3 sesi pagi, 3 sesi petang.

Hari kedua: 19/01/2010

Mengemas bilik kaunseling, susun atur bilik kaunseling, sama-sama buat dengan kaunselor-kaunselor. Hari best! Semua kaunselor bagi tunjuk ajar, berkongsi tentang pengurusan. yey..kaunselor bawak ikan hiasan dalam bilik kaunseling!Aku suka ikan...then bilik kaunseling dah ada aircond. Hari ni kena setting port ICT kat bilik kaunseling. Relief kelas tercorot. Semua pelajar lelaki sahaja, India. Gegak gempita kelas. Tapi masih ok kelas. Agak pelik apabila melihat semua pelajar apabila ingin ke tandas bawa beg, aku ingat mereka nak ponteng, tapi kata mereka memang budaya mereka, kalau bergerak bawak beg, jika tidak, barang sekejap jer lesap.Owh begitu! Kemudian, siapkan bahagian rekod harian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Penat, tapi best!

Hari ketiga: 20/01/2010

Tiap pagi sampai ke office, tanda untuk relief kelas dahulu, kena bertugas tingkatan 3 kelas kelima. Pelajar-pelajar huru-hara kemudian buat cerita dongeng kat pelajar skit..keke..Dapat menarik perhatian mereka. Pagi tu, buat carta board takwim UBK. Siapkan juga Board Rekod Harian yang semalam. Settle. Kejap lagi meeting kat bilik Gerakan. Tengok repot ROS, ke library ada kerja.

Hari Keempat:21/01/2010

Pengurusan UBK, berjumpa pelajar-pelajar, buat report ROS, buat sesi kaunseling Individu pelajar dirujuk,klien India.

Hari Kelima: 22/01/2010

Lepas bacaan yassin di surau, PMD bermula dari pagi "Temuduga, dan RESUME,buat Bimbingan kelompok - Membina perancangan Bahasa Inggeris. -6 Orang pelajar, bimbingan susulan pada hari Isnin.

Hari Keenam: 23/01/2010

Buat Rekod Kehadiran PMD, buat brosur perancangan tahunanUBK, buat sesi kaunseling individu dengan pelajar tingkatan 3, buat temujanji dengan pelajar

Hari ketujuh:

Hari ketujuh : 25/01/2010
Jaga check point merentas desa - rehearsal. Tak minat sukan, tapi terpaksa. Sekurang-kurangnya blh bagi semangat pada orang sukan pun dah cukup sebagai guru kaunseling, buat repot ROS, temujanji dengan klien untuk buat sesi lagi hari ini. Target dua klien. Mungkin 11.30 am sekejap lagi buat sesi kaunseling.

26/01/2010
Busy day. Ceramah dan handle program PMD berkala form 5. Meeting kem kepimpinan.Tiba-tiba nama aku terselit sorg dengan guru-guru, and pljar UPM kna handle. Buat sesi dengan pelajar. Mula-mula kelompok..tapi terpaksa bubar, kes-kes tertentu. Buat sesi individu. YAAllah, semoga pelajar ini berjaya menjadi manusia yang sangat berjaya kelak. Very touching day. Pelajar datang bilik kaunseling 4 orang pljar lelaki ajak masuk kelas mereka, katanya mereka bosan cikgu tak ada..pernah masuk minggu lepas kelas dorg..then kali ni dorg dtg suruh masuk lagi..huhu. Then, sorg pljar datang kongsi2 pasal pakwe dia..layan jer lahhh...bukan klien aku pun..tapi dia saja nak bercerita..Cikgu, meh saya bawakan beg cikgu..abih beg aku dia angkut..Ada pelajar masuk bilik kaunseling..bilik kaunseling memang tumpuan ramai di sekolah ini. Cikgu, saya lapar la cikgu..balik lambat nanti..sayu jer rasa hati..tanya bawak brapa hengget RM 2 jer..hurmm..masa aku skolah dulu RM 3 mak aku bagi..tu tahun lama dah..tahun 2010 ni aku rasa lagi lah tak cukup..selidik punya selidik..dorg ni kerja lepas balik skolah..ajak dorg makan..blh aku katakan..pljar2 skolah ni rata2 bekerja,..perkara biasa..aku blanja dorg guna duit untung jual tudung..huhuuhu...ksian sungguh budak2 ni...aku ingt pesan arwah ayah aku..walaupun kita bukan berada, tapi tak salah kita menyuap pada mulut orang yang memerlukan..Seorang pelajar lelaki bergenang air mata..aku pun turut bergenang air mata hari ini..ada kisah antara kami..

Siapkan carta organisasi HEM, sambung kerja semalam untuk board Besar bilik gerakan..Buat sesi kelompok..sesi individu..esok 3 klien menunggu...sesi kedua..aku nihhhh..sesi macam tah apa2..jer..adeiiiiiiiiiiii!!Kunci bilik kaunseling kat aku skg neehh...kaunselor pagi n ptg suh pegang..sbb balik lambat sangat..hamiikkkk...!Pergi skolah pkul 7.10 pg..dah sampai kat sana..Kalau p kuliah tu jgn arap aku nak awal..haha..balik plak kdg2 2.30 sampai umah dan skrg ni pkul 4 sampai umah..huhu

27/1/10

Program PMD lagi. Kena handle. Busy gila.Klien datang tak putus-putus. Kalau aku penat, aku ambil 2 sesi jer sehari. Sampai bertindan pun ada. Aku suruh masuk kelas dulu., Adus!Full bilik kaunseling nak buat sesi. Buat B. kelompok sambung sesi 2 Bimbingan kelompok bagi group sama Cara Untuk Tingkatkan BI.(Boleh sambil-sambil aku belajar). Pelajar-pelajar SMS sampai tak sempat aku balas. Aduh.

28/1/10

Pogram PMD. Kat dewan. Aku buat role play. Enjoy dengan pelajar-pelajar walaupun mereka kelas hujung. Tingkatan 5 ada 12 kelas.Bayangkan!!!Sambung buat plan. Pelajar datang bilik kaunseling aku kena layan. Siap ajak aku berborak. Katanya nak sembang ngn cikgu boleh x?Cikgu dalam kelas kami xda, cuti beranak. Hari-hari pelajar muka sama. Then, yang tak dikenali pun datang cakap nak buat sesi dengan aku.Sampai aku suruh masuk kelas dulu, kena detect jgk tkut pljar mai nak lepak. Hari ni balik 4.30 pm. Sesi petang pun cikgu mtk teruskan PMD. Sejak akhir-akhir ini, balik 4 lebih..banyak kena buat. Sampai tak tahu nak cakap apa y aku buat.Jumpa Pen.Kanan. Cikgu-cikgu respon positif.Alhamdulillah. Skg ni nak settle Brosur, Ros, then Mural di Bilik Kaunseling, aku kena tugas untuk Kem Kepimpinan lagi, tiba-tiba terjelepuk nama aku sorg kat senarai tuu...Paling Penting PPD nak datang 4.2.2010 check bilik Kaunseling.

Kalau aku nak cakap, UBK sekolah aku ni macam pasar boleh x?Pelajar selalu keluar masuk jer.Tak terlayan. Paling penting, aku dapat didik hati aku memahami manusia dan dekat dengan pelajar.

29/02/2010 - 01/02/2010
Akan dicatat

02/02/2010 (Selasa)

Program PMD 7.40 pm hingga pukul 10.55. Sesi Individu 11.30. Klien India. 12.30 pm sesi individu klien Melayu. Bimbingan kelompok 1.05 pm, Teknik Belajar Sejarah. 3.45 balik.

Friday, 8 January 2010

Assalamualaikum.

Lama CA tidak menjengah blog ini. Untuk menjadi salah seorang warga SMKTIS, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Semoga CA dapat menjadi warga SMKTIS yang baik dan berusaha bersama-sama warga SMKTIS terutamanya Unit Bimbingan dan Kaunseling. Harapan persediaan mental, semangat dan sokongan warga SMKTIS amat diperlukan untuk CA bersama-sama berusaha walaupun CA sebenarnya praktikum. Selangkah masuk ke SMKTIS, CA ialah warga pendidik di sana. InsyaAllah. Kepada yang memerlukan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, bolehlah ke bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling kelak. Tidak bermakna jika anda ke bilik kaunseling, anda orang yang bermasalah. Wal hal mungkin ada sesuatu perkongsian yang ingin dikongsikan...Mungkin dari segi pelajaran, minat dan sebagainya. Jumpa CA ya nanti.

"Pesanan untuk CA sendiri, untuk menjadi seseorang yang hebat, kita mesti menjadi diri sendiri dan seorang yang berbeza."


Thursday, 31 December 2009

Assalamualaikum.

Tirai 2009 ditutup dengan kegembiraan: 2 orang pelajar yang diajar pada 2008 telah mendapat keputusan 8A's dalam PMR...2 pelajar terbabit bukan dalam kelas pertama,tetapi kelas keempat di sekolah luar bandar...siapa kata pelajar luar bandar dalam kelas agk belakang tidak boleh merangkul keputusan cemerlang??tetapi mereka... perlukan perhatian drp guru..Tidak ada double standard pelajar kelas pertama dan kelas akhir. CA makin bersemangat untuk ke sekolah SMTIS!!!

Sunday, 27 December 2009

Assalamualaikum.

Sapa nak bercinta angkat tangan...!!!
Cikgu..cikgu .. saya nak bercinta..!!! Mesti dalam hati menjerit gitu agaknya kan..kan...tak yah tipu lah..hahaha...Memandai jer CA. Kih..kih..

Mesti kalau part ni, mesti pelajar-pelajar teruja kan..kan..
Kata Raju " Iyya ciklu..saya cangat centunju la ciklu.."
Baiklah Raju, Ciklu akan kasi tau aa..aaa...
Raju pernah bercinta tak?
Jawab Raju, "Tarak pena ciklu, saya malu ciklu"

Bercinta di alam persekolahan itu perkara biasa. Cuma CA nak bagitau, pandai-pandailah bawa diri masa bercinta. CA pun tak leh nak sekat, kalau sekat pelajar bercinta pun, nak tak nak, kamu tetap akan bercinta. Cuma CA nak cakap kena jaga diri. Kadang-kadang cinta budak-budak ini cinta buang masa. Tapi masa remaja semua pakat nak bercinta. Tengok orang bocinto ekau nak bocinto..Cinta itu suci, manusia yang biasanya mengotorkan cinta. Setuju tak...Setuju tak setuju pun tak per..Ada yang sanggup gadaikan diri, nak buktikan betapa cintanya diri. Especially yang pelajar perempuan. Kena jagalah diri. Bak kata cikgu CA dulu masa sekolah, orang lelaki tak susut nilai, orang perempuan mudah susut nilai. Apabila anda berjaya dalam pelajaran, InsyaAllah hidup anda akan lebih baik lebih baik jika cinta itu juga seiring.

Ada pandangan tentang cinta?Sila..sila..hehe



Thursday, 17 December 2009


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tak jawab salam berdosa..Harhar..tengok tuu..ada yang tak jawab salam..haha..

Sudah lama tajuk ditulis, cuma untuk mencoretkan segala isi kandungannya memerlukan ruang dan masa untuk berbicara, kerana ruang dan masa itu penting agar ketika menulis, hati diletakkan pada Allah SWT dalam membicarakan apa jua perkara pun.

Pernahkah anda memperoleh kejayaan dan tiba-tiba anda menangis seraya terduduk atas anugerah yang diperoleh itu?Ketika itu anda rasakan betapa agungnya kekuasaan Allah SWT atas apa yang dianugerahi? Peristiwa sebegini pernah CA alami. Maka, tidak salah berkongsi. Kejayaan apa, biarlah hanya CA yang tahu. Cuma ingin dikongsikan tentang perasaan sahaja.

Setelah kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, kita pasti akan beroleh kejayaan. Namun, dalam kita berusaha, kita perlu sujud pada Tuhan yang Esa. Pada pandangan CA, jika anda berusaha tanpa iringan dalam hati bersama-sama Allah, kejayaan itu adalah kejayaan yang sia-sia. Hanya kejayaan pada zahir sahaja, zatnya, anda tidak dapat rasa dalam bentuk pahala. Bukankah lebih baik, kejayaan yang kita cipta itu kita bersyukur dengan percaya ini semuanya anugerah Allah SWT. Kita mungkin dapat berbicara bahawa kita bersyukur pada Allah SWT, namun, sejauh manakah hanya hati kita yang tahu dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh tahu sedalam mana hati kita ke arah itu.

Bagaimana ingin rasa bersederhana dan bagaimana perasaan itu boleh dipupuk?Hanya dengan merasai syukur, kita seolah-olah telah berkongsi dengan Allah SWT bahawa kejayaan yang kita cipta itu adalah hak miliknya. DIA yang menganugerahi, dia juga yang berhak menarik balik kurniaannya. Jika kita terlalu bangga dengan kejayaan yang dicipta, maka tidak sengan untuk Allah hentikan kejayaan itu. Contohnya, sekali sahaja kita dapat kejayaan selepas itu, kejayaan lain tidak menyusul. Jika kita sedar perkara ini berlaku, sama-samalah kita berdoa memohon kesederhanaan hati. Kita boleh berkongsi pada orang ramai apa kejayaan yang dicipta walaupun terdapat halangan dalam kita berkongsi disalahertikan, disalahpersepsikan dan sebagainya. Itu sudah kebiasaan. Kita berhak mendapat penghargaan, dan lebih baik kita menghargai diri sendiri. Hanya pokok pangkal hati pusat sagala keikhlasan dan kejujuran.Maka, jika anda beroleh kejayaan yang bertimpa-timpa, jangan dilupa kegagalan yang lalu kerana kegagalan yang lalu menjadikan anda beroleh kejayaan pada hari ini. Selagi hidup dikandung badan, sedarlah asal usul diri. Orang tidak melihat siapa kita pada masa lalu, tetapi orang melihat kita pada hari ini. Hanya Allah sahaja yang melihat siapa kita untuk setiap jangka masa. Maka, rasailah betapa sayangNya Allah kerana sentiasa menjaga dan memerhati kita sejak azali lagi.

Pupuklah kesederhanaan hati ketika anda berjaya. Matlamat CA hanyalah ingin berkongsi sahaja pada ruangan entri kali ini. Kepada sesiapa yang pernah mendapat kejayaan yang tidak dilupakan, marilah kita bersama-sama berkongsi. Mana tahu, kejayaan anda dapat dijadikan inspirasi kepada orang lain untuk berjaya juga. Terima kasih daripada CA.

"Born to succes, not to fail"
" Born from our Al Mighty God and die for HIM"

"Once you succes say thank to our Miracle, Thanks... Oh My God!


Mau tengok gambar-gambar yaa..sila klik pada gambar untuk besaukan..hehe



Assalamualaikum!
(Sapa tak jawab sila berdiri atas kerusi..wakakakak)


Sebenarnya part biodata ni, part nak promosi diri. Haha..

Nama sebenau CA , Nor Afiti binti Mohd Basri. Tau tak apa maksudnya?Sapa tau bagi RM 10 hengget!Hurm, tak perlah, sure tak boley jawab jugak!...oKeH!Maksud nama CA ialah Cahaya Yang Baik Hati...lalalala...baiknya hati. Ramai yang duk bertanya sebenarnya maksud nama ni...Sebelum ini, CA tanya ramai ustaz, tapi ustaz cakap takda maksud. Sedih wo..orang cakap takda maksud.Jom nangeh sama-sama..1,2,3...Huwaaaaaaaaaaaaaa!!!!Namun, CA tidak berputus asa jugak. Masa darjah tiga, hanya seorang ustaz tu sahaja boleh jawab, dia cakap nama CA membawa maksud Cahaya Yang Baik Hati. He is the only one can gimme the meaning of my name! Marbeles right?Sampai sekarang CA ingat!Lama dah tak jumpa ustaz tu..Sekarang ni, CA cuba menjejaki ustaz tu...namanya Ustaz Rusli...masa darjah tiga tu..dia dah pun dalam usia 50 lebih kalau tak silap, masa tu dia jadi cikgu ganti...Beliau seorang ustaz yang penyayang..Ya lahh..dah duk melayan CA bercakap.. CA cakap banyak benau!!!!! Semoga suatu hari nanti, jika berpeluang nak pergi cari ustaz tuuuu..InssyaAllah..semoga panjang umur ustaz...!!!CA sayang gila ustaz tu!!!!Dia macam atuk CA.

Agak-agak bila tarikh lahir CA..bulan berapa?Hurm..sendiri tanya, sendiri jawablah..hihihiii..12.Mei 1986. Muda lagi taoW!Berbintang Taurus.Sapa bintang taurus?Angkat tangan. Nanti paham-paham lah orang bintang Taurus ni macam mana ya..pelik shikiiitt..degil kot..Lahirnya sebelah malam, lepas maghrib..sebab tu lah sejuk je kan tengok CA .Rupa-rupanya lahir sebelah malam....hahaha..dan lahir malam ni..ada risiko untuk kelabu-kelabu sikit kulit..hahaha...Omaiiigoooooddd...Adik-adik semuanya putih melepak yang lelaki...haha..tertukar pulak kan..Tak perlah..rasa dah cukup cun dah neh CA...wakakaka..Sekali tengok CA senyum, pengsan kamu...dengan kemanisan CA!!!Oh tidak! CA mula perasan!Abaikan. Semua orang ada keistimewaan kan..kan..(ayat bela diri)..haha!

Hobi pulak ya..macam-macam. CA jenis memang tak boleh duk diam. Bukan macam yang atas pokok tu..lain kiralah pulak kan...Paling penting, memang perangai tak boleh duduk bersahaja.Ada sahaja kerja yang dibuat. Minat sebenarnya menyanyi..maklumlah nak jadi artis..haha..Ops..tipu jer..Minat membaca, ambil tahu isu-isu semasa, memasak, makan,tido, selongkar interet..haha..Travel, menulis apa-apa karyalahhh...suka perhati benda-benda tersembunyi, fikir macam mana nak buat bisnes, berangan, segala yang berkaitan education, berfalsampah..hahah...dan segalanyalahhh...Nanti kenal sendiri apa minatku..nanti kamu tahu siapa aku..kakakkaa..

Cita-cita pulak ya..manyakkk...pernah berangan nak jadi doktor, tapi Biologi tak okay..Ades..!!!Kredit Kimia dengan Fizik jer..Add Math plak tak kredit.Haha..Pemalas betul!Jangan tiru ya, nanti menyesal macam CA tak dapat masuk matrik time tu!Dulu masa sekolah menengah, banyak betul cita-cita, sampai nak jadi Perdana Menteri. Besar sungguh cita-cita. Kalah waris-waris ahli politik..Haha...Nak jadi Menteri Pendidikan laahh..macam-macam.Nak jadi Sasterawan lahh, Penulis..lahhh......Adesss!!!Masuk tingkatan enam, bercadang untuk ambil bidang undang-undang, namun...bapa angkat CA selaras mentor CA masa tingkatan enam banyak bagi pandangan, dan CA minat nak jadi pendidik. Macam mana boleh bertukar minat?Sebab tengok cikgu-cikgu CA mengajar dalam kelas...sambil mengajar, beri motivasi untuk berjaya. Mereka puas bila anak didik mereka berjaya dan melahirkan insan-insan berjaya!Besar sangat pengorbanan mereka. Nak menangis jer rasa..hukhuk...Guru ni,.perlu dihormati, pada ketika itu, berhasrat untuk jadi pendidik seperti mereka. Mereka itu berjiwa luhur, mereka harus dihargai.Maka, penghargaan untuk guru-guru, pilih bidang keguruan selaras minat yang makin bercambah untuk melahirkan insan-insan berjaya. Asalnya nak pilih bidang Sejarah dan Bahasa Melayu. Sebab minat subjek ni bagai nak rak.Namun, setelah difikirkan untuk laksanakan beberapa projek kelak jika diberi peluang, kemungkinan berkait Kaunseling dan Sejarah, dan juga Bahasa Melayu, maka pilih bidang baru, iaitu Kaunseling dipilih. Alhamdulillah. Arwah ayah CA juga pernah menyatakan hasratnya untuk CA jadi kaunselor sebab arwah ayah suka tengok kawan baiknya yang juga seorang kaunselor. Namun, belum sempat untuk arwah ayah melihat CA menjadi kaunselor, beliau telah tiada. CA berjanji pada diri untuk berusaha kuat dan minat-minat CA yang lain seperti dalam bisnes, wanna be a good educator, writer, juga akan diteruskan cuma kita harus sudahkan setiap peringkat dan fokusnya harus dijaga!Ameen. Maknanya, jika anda sebagai pelajar, anda boleh pelbagaikan dan capahkan cita-cita anda dan semua cita-cita anda itu sebenarnya saling berkait.

Bersambung....

Wednesday, 16 December 2009

Assalamualaikum
Haaa..coba tengok tajuk kat atas tu...
Mana-mana???Tuuueee..atas tuuueee...hehe..kisah CA tumbuk pelajar lelaki masa di sekolah.
Ganeh x?Hahaha!Omaiigod..,CA agak brutal kan. So, sapa kat sini nak kongsi dengan CA yang korang juga pernah bertumbuk?Jom..jom kita share!Begini kisahnya


Al- Kisah bermula.......

Kisah ni berlaku masa CA umo 14 tahun. Adalah sorang budak lelaki kelas CA ni..selalu duk mengacau CA . Haru biru jadinya. Tudung CA pakai elok-elok dia main tarik-tarik. Hampir tiap hari. Tak ke bengang CA. Kita duk iron sampai berejam-rejam..CA memang cerewet sikit pasal baju sekolah dan tudung ni. Masa tu, kalau gosok site baju selagi tak tajam, selagi tu lah tak puas hati termasuk tudung. Kalau bangun nak pergi sekolah tu, malam dah gosok siap-siap. Pergi sekolah pukul 7 dah sampai sekolah. Masa CA sekolah dulu, CA pergi awal. Maklumlah masa tu bertugas di library. Ok. Stop. Melalut pulak. Ok..ok..budak lelaki ni selalulah kacau CA dalam kelas. CA hangin sungguh. Bekas pencil CA penuh dengan pensil-pensil dan segala pen warna-warni. Budak lelaki tu, selalu jer hamik buat hereta dia.CA beli punyalah mahal. Habih pitih-pitih. Dia ni anak cekgu tau..kat sekolah CA tu jugak. Kami duk kelas pertama. Semua konon pandai dan baik-baik aja lah. Konon jer..haha. Majoriti kelas CA pelajar-pelajar yang 5A dan 4A je UPSR. Tapi, budak ni pandai tau..BI dia selalu jer bertanding dengan CA.Tapi dia ni nakal shikiit..Satu hari tuh,..dia mencuri barang . CA penat sungguh nak mencari. Semua herta CA milik dia!Gewam shunggoh!Tanya dia tak nak mengaku. CA tengah terdesak nak guna sebab nak hantar buku kat cekgu sebelum balik. Dia mati-mati cakap dia tak amik.Then, tengoklah dalam beg dia. check dalam beg dia..Tadaaa..ada..!!!Dia cakap dia punya. Jeng..jeng..adegan berebut pun bermulalah. Dia tolak CA waduhhh!!!Cakitttt...gedebuk jatuh!Ait ... masa tuh..selim lagi taow..!!! Form 2 berat belum sampai 45 kg masa tingkatan 2..hehe..Punyalah jatuh, sakit, tetiba bangun hayun terus tangan kasi kat muka dia! Dushhh!!!Hamik!!!Dia marah balik..tarik koler baju dia..wahahaha..ganas kan CA ??? Tak tahulah kuasa ajaib mana bagi kekuatan. Tak pernah seumo idop tumbok orang ni. Tulah, kan..bila orang tak pernah marah orang ni, sekali dia hayunn..macam hayun mangkuk hayun kan..isk..isk..Astaghfirullahalazim. Lepas tu, kena panggil kat cikgu. Huwaaa..Malu gila!Sebab cikgu tu..pernah pergi umah nak baiki gigi palsu dia dengan ayah.Malu betol!Dahla kalau exam paper dia, BM selalu dapat A. Masa tu pakai tudung labuh, macam sekolah arab tu..hahaha..Mesti persepsi dia berubah pada CA. Sedih jugak masa tu...ya lah..jadi tak ada mood untuk bertanya dan menjawab soalan apabila dalam kelas. Minat gila-gila dengan subjek tu. Lepas itu kitorang saling meminta maaf dan berbaik semula. Dia jadi kawan baik. Alhamdulillah. Panjang cerite nya..tapi dipendekkan jer..sebab nanti penat korang baca!



Pengajarannya di sini wahai bakal pelajar-pelajarku. Bergaduh di alam persekolahan itu perkara biasa bagi remaja yang tengah seronok-seronok samada pergaduhan besar atau pun kecil. Maklumlah nak main geli-geli..hahaa..Cuma apabila bergaduh sampai bertumbuk itu, tak baik sebenarnya. Janganlah kerana perkara kecil, bergaduh kan. Jadi, zaman sekarang ni pulak lain. Bergaduh sampai jadi kes polis!Sampai bunuh membunuh, sampai menjadi kes jenayah. Bahaya! Golap gelemap la masa depan korang..Kes bergaduh, buli ni segala macam jadi jenayah sekarang ni.Nak ke duduk meringkuk dalam penjara?Haih..fikirlah kan..masa depan kita. Tapi gaduh zaman dulu tak sama gaduh zaman sekarang ni...aisehhh...zaman dulu gaduh-gaduh manja..kekee..sekarang ni gaduh je habis jahanam lah masa depan korang..Baiklah, sapa yang pernah bergaduh, tak puas hati, kita pakat kongsi sama-sama. Mana tahu, ada tak lepas lagi kes gaduh ni..tak pun, bila praktikum nanti, CA duk dalam bilik kaunseling, nanti kita sama-sama kongsi-kongsi. Ok lah, see ya...CA ada pengalaman bergaduh ni, CA InsyaAllah boleh membantu korang macam mana nanti.

Ha...ni doa akhir tahun, jangan lupa baca!
Cekidout!!!!

Doa Akhir Tahun (Baca 3 kali selepas Asar) : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-

Monday, 14 December 2009

Assalamualaikum

Masuk entri lain plak..

Apa persediaan CA yang kena ada kelak masa praktikal

Ophkos la kena ada berudband..keke (Broadband), senang nak buat kerja, cari maklumat, berhubung dengan penyelia, nak baca paper, layan FACEBOOK..hahahaha..dan belog ni..Aiseh..hehe..So, kena pergi beli la nanti..bila la nih ada promosi murah-murah..Maklumlah CA ni takda pitih!!!

Sapa ada facebook, boleh add CA nanti. Kalau tengok gambar CA tercun lebih tu, jangan pengsan! Sila-sila komen yang memberangsangkan ya..jangan kutuk pulak..Harharhar!!!!

Sila klik di sini untuk add facebook CA

Klik atas ni yaa..Facebook CA

Di belog ni pun, CA suka kongsi-kongsi pengalaman, cerita dan kisah-kisah..dan termasuklah kisah dongeng..hehe..Segala pengalaman sepanjang praktikal akan CA tempek kan kat belog ni..Mana tahu penyelia CA pun nak tahu perkembangan CA nanti kan..senang beliau tengok belog ni...sambil-sambil kan...

Lagi, CA kena hangkut barang-barang nak ke sana.Ada perubahan sikit pasal tempat tinggal, tiba-tiba berubah hati untuk tinggal di rumah sewa pulak laa..Macam-macam CA nih kan..Mungkin makin dekat lagi kut dengan SMKTIS. Yang pasti, CA akan ada tempat tinggal..tak merempat..minta dijauhkan..!!!

Persediaan CA?
Tak tahu nak cakap..persediaan macam mana tu?Persediaan mental dan fizikal itu paling penting. Paling penting pengalaman, dan dalam nak lalui pengalaman itu, tak perlulah anggap kita ni kena perfect baru boleh lalui..Tidak sama sekali!!!!Pergi dan belajar..Right?Pergi sahajalah ke sekolah tu..Then, baru boleh kita lihat macam mana..segala bahan-bahan/ barang-barang kena hangkut semua nanti...CA sekarang ni tengah mencari pitih untuk survive idup nanti then buat makan..makan ajer..haha.....sob-sob..sapa sudi bagi CA pitih..sila-sila..CA suka benau orang nak derma..hehe...(nyum..nyum..ada tak anak dato' nak sponsor neh..ades!!!)Nak tengok gambar CA dan makanan tak?haha

Jeng..

jeng..


Nak boleh ke makan ni..punyalah tak larat CA kena berkorban kan..begitulah untuk sara hidup...CA buat kerja sambilan di UPSI ni, di bilik penyelidikan dan penerbitan.CA tak tergamak nak minta dari ibu CA.


Motifnya, kita kena hidup berdikari, tak kisahlah apapun halangan, perlu diteruskan hidup dalam nak menempah KEJAYAAN.CA doakan bakal anak didik CA a.k.a pelajar SMKTIS BERJAYA!!!!

Lain episod kita sama-sama berkenalan ya, sapa CA..Manalah tahu ada you all SMKTIS nak mintak otogeraph CA..kekeke...perasan lebih CA nih..yerlah, dulu nak jadi artis, tak tercapai!Jadi kaunselor pulak...haha...(Tipu jerrrr!). Nanti ada kelapangan CA nak kongsikan pengalaman CA masa jadi pelajar macam korang!Mana tahu, korang leh jadikan CA sumber teraspirasi yang berasap-asap tu ker..kakakaka...OmaiiiGod!!!CA dah mula perasan!!!Abaikan je..haha

Oklah, nanti kita ketemu lagi!

"Apapun,
CA nak habaq, CA tak sabar nak sarung baju cekgu dan rasai suasana praktikal then nak jumpa warga SMKTIS"

Most Welcome!

Assalamualaikum

Haa..sekarang 4.22 a.m.CA terbangun tidow dan tiba-tiba masuk blog. Sambil-sambil search dalam tenet, CA terjumpa pasal sekolah SMKTIS tempat CA bakal laksanakan praktikum. Terjumpa gambar-gambar sekolah. Menaikkan mood CA untuk ke sana. Naceb baik ada tenet...Sungguhhh!!!Jom-jom kita tengok gambar apa yang CA jumpa...jummmmmmmmmmmm...

.....

.....

Tada!!!!

Ni laa...pintu mashuukkkk Sekolah Menengah Tengku Idris Shah



Ni plak dataran perhimpunan

Ni pulak...apa ekkk...side corridor la kuttt..

Haha..ni tempat bakal CA kenyangkan perhott..

Ni haa..bilik guru...mana ek pulak bilik kaunseling...adess..tak jumpaa..

Ni haa..opis..!!!

Waaa..tengok tuu..ada penyelia petang...kan best kalau leh masuk petang..CA pergi sekolah petang-petang bestnya...tapi ophhkos la kena pergi pagi kan praktikal...huahuahua...


Then, mai kita tengok nama-nama pengetua..selak-selak sejarah Sekolah shiiikiit..

1966 - Encik Alias b. Abu Rahman

1968 - Encik Ahmad Busu

1973 - Encik Abdul Manaf b. Dahlan

1977 - Encik Haron b. Hj Said

1980 - Encik Abdul Raof b. Hussin

1985 Tn. Hj Mohd Ab. Rahman

1986 - Puan Hjh Salmah bt. Kassim

1988 - Tn. Hj Ahmad Saman b. Mohd Nawawi

1989 - Tn. Hj Zainuddin b. Leman

1995 - Tn. Hj Hassan b. Abu Bakar

1997 - Encik Shamsuddin b. Mat Jaya

1998 - Puan Fatimah bt. Jusoh

1998 - Puan Hjh Kartini bt. Shuib

2001 - Encik Ng Ber Seek

2004 - Puan Hjh Kamariah bt. Salim

2007 - Puan Hjh Hamsah bt. Sarani

Maknanya, pengetua sekarang adalah Wanita...CA leh bayang sekolah tu macamana..sebab masa sekolah dulu pun, pengetua CA wanita jugak...mesti pengurusan tip top kan...InsyAllah...

Friday, 27 November 2009


Rumah yang CA bakal duduk masa praktikal nanti. Hope CA dapat enjoy dan dapat sesuatu yang baru tinggal di tempat orang kelak. Macam mana CA dapat umah ni? Rumah ni rumah Dr.Alya Zara @ Kak Win kiter tu..suruh tinggal dengan ibu bapa mereka yang sekarang ini pun tinggal berdua. Ni pun atas saranan dia suruh tinggal di sini. CA terima dengan hati terbuka dan seronok-beronoknya. Suasana nampak macam best, tambah pulak ada pantai. CA suka bangat!!!!Jarak nak ke Sekolah Menengah Tengku Idris Shah (SMKTIS) tu dalam 15 minit kalau memecut dengan motoboat..hehe..ops..motosikal. Nanti sama-sama CA akan merempit dengan partner nanti. Tunggu...kisah praktikum nanti yang pelbagai ragam...Kelak suasana baru akan dirasai, dialami, dinikmati, dipelajari dan saling terbina ukhwah di sekitarnya. Terima kasih dan kredit kepada Dr.Alya dan keluarga, Mak Cik dan Pak Cik yang membenarkan CA tinggal di situ. Syukur juga pada Allah SWT kerana mempermudahkan urusan CA. Semua ini adalah kebetulan yang telah Tuhan tentukan. CA tidak tahu menahupun rumah Dr.Alya di sini. Semoga kemeriahan dirasai apabila berada di tempat orang kelak. Paling penting, kaki dan hati ini, ingin sentiasa meneroka ke tempat baru. CA ikut sahaja ULM tempatkan. Rezeki ikut kata hati ni.Huhu.

"Rezeki dan kemudahan yang Allah bantu, ucaplah syukur, Alhamdulillah"

Saturday, 21 November 2009

Salam

Nak pergi skul ni, apa kelengkapan yang dah ada dan yang bersedia?Modul-modul, kemahiran asas kaunseling, teori, persediaan mental dan fizikal dah betul-betul mantap ker?Adess!Ni pun tengah duk create-create powerpoint untuk ceramah. Manalah tahu kan kena ceramah..tak pun masa bimbingan kelompok tu, buleh guna powerpoint jugak..Ceramah-ceramah sebelum ni ada sedut menyedut juga dari kaunselor luar. Muka macam kerang busuk nak mintak slide power point dengan mereka...tak perlah kan..tukar², tak luak dan rugi pown!Now, tengah mengumpul peralatan perang juga ni. Omaigod..!!!Bagi CA yang penting ke spontanan, bila kita bersedia, kita jadi kongruen.Tak gituw?

Kata pensyarah CA, situasi kerja dah berlainan. Tak main dah teori² lepas ni. Teori dalam bentuk aplikasi plak. Wowowo...Kertas kerja kena tau buat, kalau tak biasa susah nak buat program, nanti kena wijek kt PPD tambah plak pogeram dengan JPN ke apa sumer tu. They want somthing yang best!Paling kena bersedia ialah nak hadapi kerenah pelajar. Doakan CA jadi cikgu yang boley bagi impak pada student dan close dengan student. ♥ CA berimpian sesangat membantu insan di luar sana dengan kompetensi yang ada. Doakan CA. Hopefully, everything is okeh. Doakan CA kuat macam iron lady yang kat luor sane. Kemahiran kelompok kena stadi balik, kemahiran asas kaunseling pun kena diperkukuhkan lagi dan pelbagai kemahiran lain yang sewaktu dengannya. Ades! Kena pandai adapt dengan situasi skulm working enviroment etc.. sKul SMKTIS oh SMKTIS I will COME...Cekgu kelate Comey lotey nih akan g skolah sek² mu nanti..tunggu ambo deh..!!!♥♥ wakakaka

♥ Aku mencintai dunia pendidikan. ♥


Salam.

Belog baru. Maklumlah. Dah nak jadi cekgu.Buat belog baru lah. Mula-mula punyalah pilih SBP kat Melaka (MOZAC), Melaka as location for practicum. Then, hamik. Unit Latihan Mengajar tukar tetiba. Mengalir-ngalir ayaq mate. Idok ler sampai gitew sekali. Redha ajer mana-mana pun. Tapi sedikit kuciwalah CA. Yerlah. Dah duk pokus pasal nak p MOZAC jer. Kunun nak duk dalam enviroment best. Last sekali kena tukau. Padan muke..ihihiih..Adeh!

Ni pasal MOZAC

Dorang main campak jer. Belom pergi posting lagik neh. Huhu. Terkena kat Klang pulak dah.So, dapat 1 sekolah neh. Survey pandangan orang² berbijak sana. Masing-masing ada memberi respon kurang enak.Aderh!Nak enak macam makan nasik ke?huhu. Omaigod. Kiranya duk Selangor lah CA kali ni. Wateva, tabahkan hati, perbetulkan niat. Kalau pelajarnya brutal, CA kena layan jerlah...Peleksibel gitew..Bak kata pensyarah CA, pergi lalui pengalaman, nanti dapat sesuatu yang baru. Betul!Betul!Betul!Terbakau ati asenya, semangat kobar-kobar nak pergi skul tu. Muwid-muwid ku sekelian, tunggu chekgu yeah...Haha. Anak murid pum aku belom kenal. Kan best buat banner macam lect aku cakap tuh..Wakakaka..Buat banner nak pergi sekolah. Bontrox sungguh. Aderh!Surf punya surf kat tenet, jumpa sowang dua student SMKTIS neh. Tengok-tengok ajerlah muka. CA dah add diorang kat facebook. Berhubung tu idok lagi. Belog ni pun khas buat untuk pengalaman nak menjadi chekgu dan after ni pun guna belog ni jugak rasanya untuk kongsi apa-apa pasal cekgu-cekgu neh.

Here I come..Sek.Men.Tengku Idris Shah. hehe


Aha..ni pic taun berapa tah..bebudak skul SMKTIS buat persembahan di SMK Kapar Indah. Copy ajerlah pic ni..surf kat internet tjumpa pulok..hehe

Ok...see daa..cekitdaut

Tayangan best untuk SMKTIS

;;