Thursday, 31 December 2009

Assalamualaikum.

Tirai 2009 ditutup dengan kegembiraan: 2 orang pelajar yang diajar pada 2008 telah mendapat keputusan 8A's dalam PMR...2 pelajar terbabit bukan dalam kelas pertama,tetapi kelas keempat di sekolah luar bandar...siapa kata pelajar luar bandar dalam kelas agk belakang tidak boleh merangkul keputusan cemerlang??tetapi mereka... perlukan perhatian drp guru..Tidak ada double standard pelajar kelas pertama dan kelas akhir. CA makin bersemangat untuk ke sekolah SMTIS!!!

Sunday, 27 December 2009

Assalamualaikum.

Sapa nak bercinta angkat tangan...!!!
Cikgu..cikgu .. saya nak bercinta..!!! Mesti dalam hati menjerit gitu agaknya kan..kan...tak yah tipu lah..hahaha...Memandai jer CA. Kih..kih..

Mesti kalau part ni, mesti pelajar-pelajar teruja kan..kan..
Kata Raju " Iyya ciklu..saya cangat centunju la ciklu.."
Baiklah Raju, Ciklu akan kasi tau aa..aaa...
Raju pernah bercinta tak?
Jawab Raju, "Tarak pena ciklu, saya malu ciklu"

Bercinta di alam persekolahan itu perkara biasa. Cuma CA nak bagitau, pandai-pandailah bawa diri masa bercinta. CA pun tak leh nak sekat, kalau sekat pelajar bercinta pun, nak tak nak, kamu tetap akan bercinta. Cuma CA nak cakap kena jaga diri. Kadang-kadang cinta budak-budak ini cinta buang masa. Tapi masa remaja semua pakat nak bercinta. Tengok orang bocinto ekau nak bocinto..Cinta itu suci, manusia yang biasanya mengotorkan cinta. Setuju tak...Setuju tak setuju pun tak per..Ada yang sanggup gadaikan diri, nak buktikan betapa cintanya diri. Especially yang pelajar perempuan. Kena jagalah diri. Bak kata cikgu CA dulu masa sekolah, orang lelaki tak susut nilai, orang perempuan mudah susut nilai. Apabila anda berjaya dalam pelajaran, InsyaAllah hidup anda akan lebih baik lebih baik jika cinta itu juga seiring.

Ada pandangan tentang cinta?Sila..sila..hehe



video

Thursday, 17 December 2009


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tak jawab salam berdosa..Harhar..tengok tuu..ada yang tak jawab salam..haha..

Sudah lama tajuk ditulis, cuma untuk mencoretkan segala isi kandungannya memerlukan ruang dan masa untuk berbicara, kerana ruang dan masa itu penting agar ketika menulis, hati diletakkan pada Allah SWT dalam membicarakan apa jua perkara pun.

Pernahkah anda memperoleh kejayaan dan tiba-tiba anda menangis seraya terduduk atas anugerah yang diperoleh itu?Ketika itu anda rasakan betapa agungnya kekuasaan Allah SWT atas apa yang dianugerahi? Peristiwa sebegini pernah CA alami. Maka, tidak salah berkongsi. Kejayaan apa, biarlah hanya CA yang tahu. Cuma ingin dikongsikan tentang perasaan sahaja.

Setelah kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, kita pasti akan beroleh kejayaan. Namun, dalam kita berusaha, kita perlu sujud pada Tuhan yang Esa. Pada pandangan CA, jika anda berusaha tanpa iringan dalam hati bersama-sama Allah, kejayaan itu adalah kejayaan yang sia-sia. Hanya kejayaan pada zahir sahaja, zatnya, anda tidak dapat rasa dalam bentuk pahala. Bukankah lebih baik, kejayaan yang kita cipta itu kita bersyukur dengan percaya ini semuanya anugerah Allah SWT. Kita mungkin dapat berbicara bahawa kita bersyukur pada Allah SWT, namun, sejauh manakah hanya hati kita yang tahu dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh tahu sedalam mana hati kita ke arah itu.

Bagaimana ingin rasa bersederhana dan bagaimana perasaan itu boleh dipupuk?Hanya dengan merasai syukur, kita seolah-olah telah berkongsi dengan Allah SWT bahawa kejayaan yang kita cipta itu adalah hak miliknya. DIA yang menganugerahi, dia juga yang berhak menarik balik kurniaannya. Jika kita terlalu bangga dengan kejayaan yang dicipta, maka tidak sengan untuk Allah hentikan kejayaan itu. Contohnya, sekali sahaja kita dapat kejayaan selepas itu, kejayaan lain tidak menyusul. Jika kita sedar perkara ini berlaku, sama-samalah kita berdoa memohon kesederhanaan hati. Kita boleh berkongsi pada orang ramai apa kejayaan yang dicipta walaupun terdapat halangan dalam kita berkongsi disalahertikan, disalahpersepsikan dan sebagainya. Itu sudah kebiasaan. Kita berhak mendapat penghargaan, dan lebih baik kita menghargai diri sendiri. Hanya pokok pangkal hati pusat sagala keikhlasan dan kejujuran.Maka, jika anda beroleh kejayaan yang bertimpa-timpa, jangan dilupa kegagalan yang lalu kerana kegagalan yang lalu menjadikan anda beroleh kejayaan pada hari ini. Selagi hidup dikandung badan, sedarlah asal usul diri. Orang tidak melihat siapa kita pada masa lalu, tetapi orang melihat kita pada hari ini. Hanya Allah sahaja yang melihat siapa kita untuk setiap jangka masa. Maka, rasailah betapa sayangNya Allah kerana sentiasa menjaga dan memerhati kita sejak azali lagi.

Pupuklah kesederhanaan hati ketika anda berjaya. Matlamat CA hanyalah ingin berkongsi sahaja pada ruangan entri kali ini. Kepada sesiapa yang pernah mendapat kejayaan yang tidak dilupakan, marilah kita bersama-sama berkongsi. Mana tahu, kejayaan anda dapat dijadikan inspirasi kepada orang lain untuk berjaya juga. Terima kasih daripada CA.

"Born to succes, not to fail"
" Born from our Al Mighty God and die for HIM"

"Once you succes say thank to our Miracle, Thanks... Oh My God!


Mau tengok gambar-gambar yaa..sila klik pada gambar untuk besaukan..hehe



Assalamualaikum!
(Sapa tak jawab sila berdiri atas kerusi..wakakakak)


Sebenarnya part biodata ni, part nak promosi diri. Haha..

Nama sebenau CA , Nor Afiti binti Mohd Basri. Tau tak apa maksudnya?Sapa tau bagi RM 10 hengget!Hurm, tak perlah, sure tak boley jawab jugak!...oKeH!Maksud nama CA ialah Cahaya Yang Baik Hati...lalalala...baiknya hati. Ramai yang duk bertanya sebenarnya maksud nama ni...Sebelum ini, CA tanya ramai ustaz, tapi ustaz cakap takda maksud. Sedih wo..orang cakap takda maksud.Jom nangeh sama-sama..1,2,3...Huwaaaaaaaaaaaaaa!!!!Namun, CA tidak berputus asa jugak. Masa darjah tiga, hanya seorang ustaz tu sahaja boleh jawab, dia cakap nama CA membawa maksud Cahaya Yang Baik Hati. He is the only one can gimme the meaning of my name! Marbeles right?Sampai sekarang CA ingat!Lama dah tak jumpa ustaz tu..Sekarang ni, CA cuba menjejaki ustaz tu...namanya Ustaz Rusli...masa darjah tiga tu..dia dah pun dalam usia 50 lebih kalau tak silap, masa tu dia jadi cikgu ganti...Beliau seorang ustaz yang penyayang..Ya lahh..dah duk melayan CA bercakap.. CA cakap banyak benau!!!!! Semoga suatu hari nanti, jika berpeluang nak pergi cari ustaz tuuuu..InssyaAllah..semoga panjang umur ustaz...!!!CA sayang gila ustaz tu!!!!Dia macam atuk CA.

Agak-agak bila tarikh lahir CA..bulan berapa?Hurm..sendiri tanya, sendiri jawablah..hihihiii..12.Mei 1986. Muda lagi taoW!Berbintang Taurus.Sapa bintang taurus?Angkat tangan. Nanti paham-paham lah orang bintang Taurus ni macam mana ya..pelik shikiiitt..degil kot..Lahirnya sebelah malam, lepas maghrib..sebab tu lah sejuk je kan tengok CA .Rupa-rupanya lahir sebelah malam....hahaha..dan lahir malam ni..ada risiko untuk kelabu-kelabu sikit kulit..hahaha...Omaiiigoooooddd...Adik-adik semuanya putih melepak yang lelaki...haha..tertukar pulak kan..Tak perlah..rasa dah cukup cun dah neh CA...wakakaka..Sekali tengok CA senyum, pengsan kamu...dengan kemanisan CA!!!Oh tidak! CA mula perasan!Abaikan. Semua orang ada keistimewaan kan..kan..(ayat bela diri)..haha!

Hobi pulak ya..macam-macam. CA jenis memang tak boleh duk diam. Bukan macam yang atas pokok tu..lain kiralah pulak kan...Paling penting, memang perangai tak boleh duduk bersahaja.Ada sahaja kerja yang dibuat. Minat sebenarnya menyanyi..maklumlah nak jadi artis..haha..Ops..tipu jer..Minat membaca, ambil tahu isu-isu semasa, memasak, makan,tido, selongkar interet..haha..Travel, menulis apa-apa karyalahhh...suka perhati benda-benda tersembunyi, fikir macam mana nak buat bisnes, berangan, segala yang berkaitan education, berfalsampah..hahah...dan segalanyalahhh...Nanti kenal sendiri apa minatku..nanti kamu tahu siapa aku..kakakkaa..

Cita-cita pulak ya..manyakkk...pernah berangan nak jadi doktor, tapi Biologi tak okay..Ades..!!!Kredit Kimia dengan Fizik jer..Add Math plak tak kredit.Haha..Pemalas betul!Jangan tiru ya, nanti menyesal macam CA tak dapat masuk matrik time tu!Dulu masa sekolah menengah, banyak betul cita-cita, sampai nak jadi Perdana Menteri. Besar sungguh cita-cita. Kalah waris-waris ahli politik..Haha...Nak jadi Menteri Pendidikan laahh..macam-macam.Nak jadi Sasterawan lahh, Penulis..lahhh......Adesss!!!Masuk tingkatan enam, bercadang untuk ambil bidang undang-undang, namun...bapa angkat CA selaras mentor CA masa tingkatan enam banyak bagi pandangan, dan CA minat nak jadi pendidik. Macam mana boleh bertukar minat?Sebab tengok cikgu-cikgu CA mengajar dalam kelas...sambil mengajar, beri motivasi untuk berjaya. Mereka puas bila anak didik mereka berjaya dan melahirkan insan-insan berjaya!Besar sangat pengorbanan mereka. Nak menangis jer rasa..hukhuk...Guru ni,.perlu dihormati, pada ketika itu, berhasrat untuk jadi pendidik seperti mereka. Mereka itu berjiwa luhur, mereka harus dihargai.Maka, penghargaan untuk guru-guru, pilih bidang keguruan selaras minat yang makin bercambah untuk melahirkan insan-insan berjaya. Asalnya nak pilih bidang Sejarah dan Bahasa Melayu. Sebab minat subjek ni bagai nak rak.Namun, setelah difikirkan untuk laksanakan beberapa projek kelak jika diberi peluang, kemungkinan berkait Kaunseling dan Sejarah, dan juga Bahasa Melayu, maka pilih bidang baru, iaitu Kaunseling dipilih. Alhamdulillah. Arwah ayah CA juga pernah menyatakan hasratnya untuk CA jadi kaunselor sebab arwah ayah suka tengok kawan baiknya yang juga seorang kaunselor. Namun, belum sempat untuk arwah ayah melihat CA menjadi kaunselor, beliau telah tiada. CA berjanji pada diri untuk berusaha kuat dan minat-minat CA yang lain seperti dalam bisnes, wanna be a good educator, writer, juga akan diteruskan cuma kita harus sudahkan setiap peringkat dan fokusnya harus dijaga!Ameen. Maknanya, jika anda sebagai pelajar, anda boleh pelbagaikan dan capahkan cita-cita anda dan semua cita-cita anda itu sebenarnya saling berkait.

Bersambung....

Wednesday, 16 December 2009

Assalamualaikum
Haaa..coba tengok tajuk kat atas tu...
Mana-mana???Tuuueee..atas tuuueee...hehe..kisah CA tumbuk pelajar lelaki masa di sekolah.
Ganeh x?Hahaha!Omaiigod..,CA agak brutal kan. So, sapa kat sini nak kongsi dengan CA yang korang juga pernah bertumbuk?Jom..jom kita share!Begini kisahnya


Al- Kisah bermula.......

Kisah ni berlaku masa CA umo 14 tahun. Adalah sorang budak lelaki kelas CA ni..selalu duk mengacau CA . Haru biru jadinya. Tudung CA pakai elok-elok dia main tarik-tarik. Hampir tiap hari. Tak ke bengang CA. Kita duk iron sampai berejam-rejam..CA memang cerewet sikit pasal baju sekolah dan tudung ni. Masa tu, kalau gosok site baju selagi tak tajam, selagi tu lah tak puas hati termasuk tudung. Kalau bangun nak pergi sekolah tu, malam dah gosok siap-siap. Pergi sekolah pukul 7 dah sampai sekolah. Masa CA sekolah dulu, CA pergi awal. Maklumlah masa tu bertugas di library. Ok. Stop. Melalut pulak. Ok..ok..budak lelaki ni selalulah kacau CA dalam kelas. CA hangin sungguh. Bekas pencil CA penuh dengan pensil-pensil dan segala pen warna-warni. Budak lelaki tu, selalu jer hamik buat hereta dia.CA beli punyalah mahal. Habih pitih-pitih. Dia ni anak cekgu tau..kat sekolah CA tu jugak. Kami duk kelas pertama. Semua konon pandai dan baik-baik aja lah. Konon jer..haha. Majoriti kelas CA pelajar-pelajar yang 5A dan 4A je UPSR. Tapi, budak ni pandai tau..BI dia selalu jer bertanding dengan CA.Tapi dia ni nakal shikiit..Satu hari tuh,..dia mencuri barang . CA penat sungguh nak mencari. Semua herta CA milik dia!Gewam shunggoh!Tanya dia tak nak mengaku. CA tengah terdesak nak guna sebab nak hantar buku kat cekgu sebelum balik. Dia mati-mati cakap dia tak amik.Then, tengoklah dalam beg dia. check dalam beg dia..Tadaaa..ada..!!!Dia cakap dia punya. Jeng..jeng..adegan berebut pun bermulalah. Dia tolak CA waduhhh!!!Cakitttt...gedebuk jatuh!Ait ... masa tuh..selim lagi taow..!!! Form 2 berat belum sampai 45 kg masa tingkatan 2..hehe..Punyalah jatuh, sakit, tetiba bangun hayun terus tangan kasi kat muka dia! Dushhh!!!Hamik!!!Dia marah balik..tarik koler baju dia..wahahaha..ganas kan CA ??? Tak tahulah kuasa ajaib mana bagi kekuatan. Tak pernah seumo idop tumbok orang ni. Tulah, kan..bila orang tak pernah marah orang ni, sekali dia hayunn..macam hayun mangkuk hayun kan..isk..isk..Astaghfirullahalazim. Lepas tu, kena panggil kat cikgu. Huwaaa..Malu gila!Sebab cikgu tu..pernah pergi umah nak baiki gigi palsu dia dengan ayah.Malu betol!Dahla kalau exam paper dia, BM selalu dapat A. Masa tu pakai tudung labuh, macam sekolah arab tu..hahaha..Mesti persepsi dia berubah pada CA. Sedih jugak masa tu...ya lah..jadi tak ada mood untuk bertanya dan menjawab soalan apabila dalam kelas. Minat gila-gila dengan subjek tu. Lepas itu kitorang saling meminta maaf dan berbaik semula. Dia jadi kawan baik. Alhamdulillah. Panjang cerite nya..tapi dipendekkan jer..sebab nanti penat korang baca!



Pengajarannya di sini wahai bakal pelajar-pelajarku. Bergaduh di alam persekolahan itu perkara biasa bagi remaja yang tengah seronok-seronok samada pergaduhan besar atau pun kecil. Maklumlah nak main geli-geli..hahaa..Cuma apabila bergaduh sampai bertumbuk itu, tak baik sebenarnya. Janganlah kerana perkara kecil, bergaduh kan. Jadi, zaman sekarang ni pulak lain. Bergaduh sampai jadi kes polis!Sampai bunuh membunuh, sampai menjadi kes jenayah. Bahaya! Golap gelemap la masa depan korang..Kes bergaduh, buli ni segala macam jadi jenayah sekarang ni.Nak ke duduk meringkuk dalam penjara?Haih..fikirlah kan..masa depan kita. Tapi gaduh zaman dulu tak sama gaduh zaman sekarang ni...aisehhh...zaman dulu gaduh-gaduh manja..kekee..sekarang ni gaduh je habis jahanam lah masa depan korang..Baiklah, sapa yang pernah bergaduh, tak puas hati, kita pakat kongsi sama-sama. Mana tahu, ada tak lepas lagi kes gaduh ni..tak pun, bila praktikum nanti, CA duk dalam bilik kaunseling, nanti kita sama-sama kongsi-kongsi. Ok lah, see ya...CA ada pengalaman bergaduh ni, CA InsyaAllah boleh membantu korang macam mana nanti.

Ha...ni doa akhir tahun, jangan lupa baca!
Cekidout!!!!

Doa Akhir Tahun (Baca 3 kali selepas Asar) : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-

Monday, 14 December 2009

Assalamualaikum

Masuk entri lain plak..

Apa persediaan CA yang kena ada kelak masa praktikal

Ophkos la kena ada berudband..keke (Broadband), senang nak buat kerja, cari maklumat, berhubung dengan penyelia, nak baca paper, layan FACEBOOK..hahahaha..dan belog ni..Aiseh..hehe..So, kena pergi beli la nanti..bila la nih ada promosi murah-murah..Maklumlah CA ni takda pitih!!!

Sapa ada facebook, boleh add CA nanti. Kalau tengok gambar CA tercun lebih tu, jangan pengsan! Sila-sila komen yang memberangsangkan ya..jangan kutuk pulak..Harharhar!!!!

Sila klik di sini untuk add facebook CA

Klik atas ni yaa..Facebook CA

Di belog ni pun, CA suka kongsi-kongsi pengalaman, cerita dan kisah-kisah..dan termasuklah kisah dongeng..hehe..Segala pengalaman sepanjang praktikal akan CA tempek kan kat belog ni..Mana tahu penyelia CA pun nak tahu perkembangan CA nanti kan..senang beliau tengok belog ni...sambil-sambil kan...

Lagi, CA kena hangkut barang-barang nak ke sana.Ada perubahan sikit pasal tempat tinggal, tiba-tiba berubah hati untuk tinggal di rumah sewa pulak laa..Macam-macam CA nih kan..Mungkin makin dekat lagi kut dengan SMKTIS. Yang pasti, CA akan ada tempat tinggal..tak merempat..minta dijauhkan..!!!

Persediaan CA?
Tak tahu nak cakap..persediaan macam mana tu?Persediaan mental dan fizikal itu paling penting. Paling penting pengalaman, dan dalam nak lalui pengalaman itu, tak perlulah anggap kita ni kena perfect baru boleh lalui..Tidak sama sekali!!!!Pergi dan belajar..Right?Pergi sahajalah ke sekolah tu..Then, baru boleh kita lihat macam mana..segala bahan-bahan/ barang-barang kena hangkut semua nanti...CA sekarang ni tengah mencari pitih untuk survive idup nanti then buat makan..makan ajer..haha.....sob-sob..sapa sudi bagi CA pitih..sila-sila..CA suka benau orang nak derma..hehe...(nyum..nyum..ada tak anak dato' nak sponsor neh..ades!!!)Nak tengok gambar CA dan makanan tak?haha

Jeng..

jeng..


Nak boleh ke makan ni..punyalah tak larat CA kena berkorban kan..begitulah untuk sara hidup...CA buat kerja sambilan di UPSI ni, di bilik penyelidikan dan penerbitan.CA tak tergamak nak minta dari ibu CA.


Motifnya, kita kena hidup berdikari, tak kisahlah apapun halangan, perlu diteruskan hidup dalam nak menempah KEJAYAAN.CA doakan bakal anak didik CA a.k.a pelajar SMKTIS BERJAYA!!!!

Lain episod kita sama-sama berkenalan ya, sapa CA..Manalah tahu ada you all SMKTIS nak mintak otogeraph CA..kekeke...perasan lebih CA nih..yerlah, dulu nak jadi artis, tak tercapai!Jadi kaunselor pulak...haha...(Tipu jerrrr!). Nanti ada kelapangan CA nak kongsikan pengalaman CA masa jadi pelajar macam korang!Mana tahu, korang leh jadikan CA sumber teraspirasi yang berasap-asap tu ker..kakakaka...OmaiiiGod!!!CA dah mula perasan!!!Abaikan je..haha

Oklah, nanti kita ketemu lagi!

"Apapun,
CA nak habaq, CA tak sabar nak sarung baju cekgu dan rasai suasana praktikal then nak jumpa warga SMKTIS"

Most Welcome!

Assalamualaikum

Haa..sekarang 4.22 a.m.CA terbangun tidow dan tiba-tiba masuk blog. Sambil-sambil search dalam tenet, CA terjumpa pasal sekolah SMKTIS tempat CA bakal laksanakan praktikum. Terjumpa gambar-gambar sekolah. Menaikkan mood CA untuk ke sana. Naceb baik ada tenet...Sungguhhh!!!Jom-jom kita tengok gambar apa yang CA jumpa...jummmmmmmmmmmm...

.....

.....

Tada!!!!

Ni laa...pintu mashuukkkk Sekolah Menengah Tengku Idris Shah



Ni plak dataran perhimpunan

Ni pulak...apa ekkk...side corridor la kuttt..

Haha..ni tempat bakal CA kenyangkan perhott..

Ni haa..bilik guru...mana ek pulak bilik kaunseling...adess..tak jumpaa..

Ni haa..opis..!!!

Waaa..tengok tuu..ada penyelia petang...kan best kalau leh masuk petang..CA pergi sekolah petang-petang bestnya...tapi ophhkos la kena pergi pagi kan praktikal...huahuahua...


Then, mai kita tengok nama-nama pengetua..selak-selak sejarah Sekolah shiiikiit..

1966 - Encik Alias b. Abu Rahman

1968 - Encik Ahmad Busu

1973 - Encik Abdul Manaf b. Dahlan

1977 - Encik Haron b. Hj Said

1980 - Encik Abdul Raof b. Hussin

1985 Tn. Hj Mohd Ab. Rahman

1986 - Puan Hjh Salmah bt. Kassim

1988 - Tn. Hj Ahmad Saman b. Mohd Nawawi

1989 - Tn. Hj Zainuddin b. Leman

1995 - Tn. Hj Hassan b. Abu Bakar

1997 - Encik Shamsuddin b. Mat Jaya

1998 - Puan Fatimah bt. Jusoh

1998 - Puan Hjh Kartini bt. Shuib

2001 - Encik Ng Ber Seek

2004 - Puan Hjh Kamariah bt. Salim

2007 - Puan Hjh Hamsah bt. Sarani

Maknanya, pengetua sekarang adalah Wanita...CA leh bayang sekolah tu macamana..sebab masa sekolah dulu pun, pengetua CA wanita jugak...mesti pengurusan tip top kan...InsyAllah...

;;