Thursday 17 December 2009

Biodata CA

Assalamualaikum!
(Sapa tak jawab sila berdiri atas kerusi..wakakakak)


Sebenarnya part biodata ni, part nak promosi diri. Haha..

Nama sebenau CA , Nor Afiti binti Mohd Basri. Tau tak apa maksudnya?Sapa tau bagi RM 10 hengget!Hurm, tak perlah, sure tak boley jawab jugak!...oKeH!Maksud nama CA ialah Cahaya Yang Baik Hati...lalalala...baiknya hati. Ramai yang duk bertanya sebenarnya maksud nama ni...Sebelum ini, CA tanya ramai ustaz, tapi ustaz cakap takda maksud. Sedih wo..orang cakap takda maksud.Jom nangeh sama-sama..1,2,3...Huwaaaaaaaaaaaaaa!!!!Namun, CA tidak berputus asa jugak. Masa darjah tiga, hanya seorang ustaz tu sahaja boleh jawab, dia cakap nama CA membawa maksud Cahaya Yang Baik Hati. He is the only one can gimme the meaning of my name! Marbeles right?Sampai sekarang CA ingat!Lama dah tak jumpa ustaz tu..Sekarang ni, CA cuba menjejaki ustaz tu...namanya Ustaz Rusli...masa darjah tiga tu..dia dah pun dalam usia 50 lebih kalau tak silap, masa tu dia jadi cikgu ganti...Beliau seorang ustaz yang penyayang..Ya lahh..dah duk melayan CA bercakap.. CA cakap banyak benau!!!!! Semoga suatu hari nanti, jika berpeluang nak pergi cari ustaz tuuuu..InssyaAllah..semoga panjang umur ustaz...!!!CA sayang gila ustaz tu!!!!Dia macam atuk CA.

Agak-agak bila tarikh lahir CA..bulan berapa?Hurm..sendiri tanya, sendiri jawablah..hihihiii..12.Mei 1986. Muda lagi taoW!Berbintang Taurus.Sapa bintang taurus?Angkat tangan. Nanti paham-paham lah orang bintang Taurus ni macam mana ya..pelik shikiiitt..degil kot..Lahirnya sebelah malam, lepas maghrib..sebab tu lah sejuk je kan tengok CA .Rupa-rupanya lahir sebelah malam....hahaha..dan lahir malam ni..ada risiko untuk kelabu-kelabu sikit kulit..hahaha...Omaiiigoooooddd...Adik-adik semuanya putih melepak yang lelaki...haha..tertukar pulak kan..Tak perlah..rasa dah cukup cun dah neh CA...wakakaka..Sekali tengok CA senyum, pengsan kamu...dengan kemanisan CA!!!Oh tidak! CA mula perasan!Abaikan. Semua orang ada keistimewaan kan..kan..(ayat bela diri)..haha!

Hobi pulak ya..macam-macam. CA jenis memang tak boleh duk diam. Bukan macam yang atas pokok tu..lain kiralah pulak kan...Paling penting, memang perangai tak boleh duduk bersahaja.Ada sahaja kerja yang dibuat. Minat sebenarnya menyanyi..maklumlah nak jadi artis..haha..Ops..tipu jer..Minat membaca, ambil tahu isu-isu semasa, memasak, makan,tido, selongkar interet..haha..Travel, menulis apa-apa karyalahhh...suka perhati benda-benda tersembunyi, fikir macam mana nak buat bisnes, berangan, segala yang berkaitan education, berfalsampah..hahah...dan segalanyalahhh...Nanti kenal sendiri apa minatku..nanti kamu tahu siapa aku..kakakkaa..

Cita-cita pulak ya..manyakkk...pernah berangan nak jadi doktor, tapi Biologi tak okay..Ades..!!!Kredit Kimia dengan Fizik jer..Add Math plak tak kredit.Haha..Pemalas betul!Jangan tiru ya, nanti menyesal macam CA tak dapat masuk matrik time tu!Dulu masa sekolah menengah, banyak betul cita-cita, sampai nak jadi Perdana Menteri. Besar sungguh cita-cita. Kalah waris-waris ahli politik..Haha...Nak jadi Menteri Pendidikan laahh..macam-macam.Nak jadi Sasterawan lahh, Penulis..lahhh......Adesss!!!Masuk tingkatan enam, bercadang untuk ambil bidang undang-undang, namun...bapa angkat CA selaras mentor CA masa tingkatan enam banyak bagi pandangan, dan CA minat nak jadi pendidik. Macam mana boleh bertukar minat?Sebab tengok cikgu-cikgu CA mengajar dalam kelas...sambil mengajar, beri motivasi untuk berjaya. Mereka puas bila anak didik mereka berjaya dan melahirkan insan-insan berjaya!Besar sangat pengorbanan mereka. Nak menangis jer rasa..hukhuk...Guru ni,.perlu dihormati, pada ketika itu, berhasrat untuk jadi pendidik seperti mereka. Mereka itu berjiwa luhur, mereka harus dihargai.Maka, penghargaan untuk guru-guru, pilih bidang keguruan selaras minat yang makin bercambah untuk melahirkan insan-insan berjaya. Asalnya nak pilih bidang Sejarah dan Bahasa Melayu. Sebab minat subjek ni bagai nak rak.Namun, setelah difikirkan untuk laksanakan beberapa projek kelak jika diberi peluang, kemungkinan berkait Kaunseling dan Sejarah, dan juga Bahasa Melayu, maka pilih bidang baru, iaitu Kaunseling dipilih. Alhamdulillah. Arwah ayah CA juga pernah menyatakan hasratnya untuk CA jadi kaunselor sebab arwah ayah suka tengok kawan baiknya yang juga seorang kaunselor. Namun, belum sempat untuk arwah ayah melihat CA menjadi kaunselor, beliau telah tiada. CA berjanji pada diri untuk berusaha kuat dan minat-minat CA yang lain seperti dalam bisnes, wanna be a good educator, writer, juga akan diteruskan cuma kita harus sudahkan setiap peringkat dan fokusnya harus dijaga!Ameen. Maknanya, jika anda sebagai pelajar, anda boleh pelbagaikan dan capahkan cita-cita anda dan semua cita-cita anda itu sebenarnya saling berkait.

Bersambung....

0 Sapa yang Bijak Tu..hehe:

Post a Comment