Friday 8 January 2010

CA

Assalamualaikum.

Lama CA tidak menjengah blog ini. Untuk menjadi salah seorang warga SMKTIS, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Semoga CA dapat menjadi warga SMKTIS yang baik dan berusaha bersama-sama warga SMKTIS terutamanya Unit Bimbingan dan Kaunseling. Harapan persediaan mental, semangat dan sokongan warga SMKTIS amat diperlukan untuk CA bersama-sama berusaha walaupun CA sebenarnya praktikum. Selangkah masuk ke SMKTIS, CA ialah warga pendidik di sana. InsyaAllah. Kepada yang memerlukan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, bolehlah ke bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling kelak. Tidak bermakna jika anda ke bilik kaunseling, anda orang yang bermasalah. Wal hal mungkin ada sesuatu perkongsian yang ingin dikongsikan...Mungkin dari segi pelajaran, minat dan sebagainya. Jumpa CA ya nanti.

"Pesanan untuk CA sendiri, untuk menjadi seseorang yang hebat, kita mesti menjadi diri sendiri dan seorang yang berbeza."


0 Sapa yang Bijak Tu..hehe:

Post a Comment