Thursday 17 December 2009


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tak jawab salam berdosa..Harhar..tengok tuu..ada yang tak jawab salam..haha..

Sudah lama tajuk ditulis, cuma untuk mencoretkan segala isi kandungannya memerlukan ruang dan masa untuk berbicara, kerana ruang dan masa itu penting agar ketika menulis, hati diletakkan pada Allah SWT dalam membicarakan apa jua perkara pun.

Pernahkah anda memperoleh kejayaan dan tiba-tiba anda menangis seraya terduduk atas anugerah yang diperoleh itu?Ketika itu anda rasakan betapa agungnya kekuasaan Allah SWT atas apa yang dianugerahi? Peristiwa sebegini pernah CA alami. Maka, tidak salah berkongsi. Kejayaan apa, biarlah hanya CA yang tahu. Cuma ingin dikongsikan tentang perasaan sahaja.

Setelah kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, kita pasti akan beroleh kejayaan. Namun, dalam kita berusaha, kita perlu sujud pada Tuhan yang Esa. Pada pandangan CA, jika anda berusaha tanpa iringan dalam hati bersama-sama Allah, kejayaan itu adalah kejayaan yang sia-sia. Hanya kejayaan pada zahir sahaja, zatnya, anda tidak dapat rasa dalam bentuk pahala. Bukankah lebih baik, kejayaan yang kita cipta itu kita bersyukur dengan percaya ini semuanya anugerah Allah SWT. Kita mungkin dapat berbicara bahawa kita bersyukur pada Allah SWT, namun, sejauh manakah hanya hati kita yang tahu dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh tahu sedalam mana hati kita ke arah itu.

Bagaimana ingin rasa bersederhana dan bagaimana perasaan itu boleh dipupuk?Hanya dengan merasai syukur, kita seolah-olah telah berkongsi dengan Allah SWT bahawa kejayaan yang kita cipta itu adalah hak miliknya. DIA yang menganugerahi, dia juga yang berhak menarik balik kurniaannya. Jika kita terlalu bangga dengan kejayaan yang dicipta, maka tidak sengan untuk Allah hentikan kejayaan itu. Contohnya, sekali sahaja kita dapat kejayaan selepas itu, kejayaan lain tidak menyusul. Jika kita sedar perkara ini berlaku, sama-samalah kita berdoa memohon kesederhanaan hati. Kita boleh berkongsi pada orang ramai apa kejayaan yang dicipta walaupun terdapat halangan dalam kita berkongsi disalahertikan, disalahpersepsikan dan sebagainya. Itu sudah kebiasaan. Kita berhak mendapat penghargaan, dan lebih baik kita menghargai diri sendiri. Hanya pokok pangkal hati pusat sagala keikhlasan dan kejujuran.Maka, jika anda beroleh kejayaan yang bertimpa-timpa, jangan dilupa kegagalan yang lalu kerana kegagalan yang lalu menjadikan anda beroleh kejayaan pada hari ini. Selagi hidup dikandung badan, sedarlah asal usul diri. Orang tidak melihat siapa kita pada masa lalu, tetapi orang melihat kita pada hari ini. Hanya Allah sahaja yang melihat siapa kita untuk setiap jangka masa. Maka, rasailah betapa sayangNya Allah kerana sentiasa menjaga dan memerhati kita sejak azali lagi.

Pupuklah kesederhanaan hati ketika anda berjaya. Matlamat CA hanyalah ingin berkongsi sahaja pada ruangan entri kali ini. Kepada sesiapa yang pernah mendapat kejayaan yang tidak dilupakan, marilah kita bersama-sama berkongsi. Mana tahu, kejayaan anda dapat dijadikan inspirasi kepada orang lain untuk berjaya juga. Terima kasih daripada CA.

"Born to succes, not to fail"
" Born from our Al Mighty God and die for HIM"

"Once you succes say thank to our Miracle, Thanks... Oh My God!


Mau tengok gambar-gambar yaa..sila klik pada gambar untuk besaukan..hehe



0 Sapa yang Bijak Tu..hehe:

Post a Comment