Tuesday 19 January 2010


Team Praktikal, UPSI (6 ORANG:KAUNSELING 2, SENI 2, KIMIA 2), UPM (SAINS 2 ORANG), UITM
Hari pertama : 18/1/2010

Mula sampai bina hubungan dengan Pentadbir sekolah, guru-guru, berjumpa guru kaunseling, guru disiplin. Diberi amanat oleh Pen.Kanan, Puan Nazariah, yang juga merupakan bekas kaunselor ketika dahulu. Katanya, walaupun jadi Pen.Kanan, namun, kaunseling amat membantu dari segi urus keluarga. First day, atas attitude, she said " Very Good". Baru makin semangat kami.Hehe. Then, katanya, tak silap hari bulan dia sendiri yang akan survey kami berdua ketika buat sesi nanti. Then masuk bilik kaunseling, bina hubungan dengan kaunselor sekolah. Mereka sangat bagus dan mesra. Bilik kaunseling meriah. Berfungsi. Pelajar sentiasa keluar masuk berjumpa kaunselor. Membantu mereka buat sedikit pengurusan bukan atas suruhan tetapi sekdar ingin membantu. Kaunselor belanja makan. 6 orang kaunselor di sini 3 sesi pagi, 3 sesi petang.

Hari kedua: 19/01/2010

Mengemas bilik kaunseling, susun atur bilik kaunseling, sama-sama buat dengan kaunselor-kaunselor. Hari best! Semua kaunselor bagi tunjuk ajar, berkongsi tentang pengurusan. yey..kaunselor bawak ikan hiasan dalam bilik kaunseling!Aku suka ikan...then bilik kaunseling dah ada aircond. Hari ni kena setting port ICT kat bilik kaunseling. Relief kelas tercorot. Semua pelajar lelaki sahaja, India. Gegak gempita kelas. Tapi masih ok kelas. Agak pelik apabila melihat semua pelajar apabila ingin ke tandas bawa beg, aku ingat mereka nak ponteng, tapi kata mereka memang budaya mereka, kalau bergerak bawak beg, jika tidak, barang sekejap jer lesap.Owh begitu! Kemudian, siapkan bahagian rekod harian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Penat, tapi best!

Hari ketiga: 20/01/2010

Tiap pagi sampai ke office, tanda untuk relief kelas dahulu, kena bertugas tingkatan 3 kelas kelima. Pelajar-pelajar huru-hara kemudian buat cerita dongeng kat pelajar skit..keke..Dapat menarik perhatian mereka. Pagi tu, buat carta board takwim UBK. Siapkan juga Board Rekod Harian yang semalam. Settle. Kejap lagi meeting kat bilik Gerakan. Tengok repot ROS, ke library ada kerja.

Hari Keempat:21/01/2010

Pengurusan UBK, berjumpa pelajar-pelajar, buat report ROS, buat sesi kaunseling Individu pelajar dirujuk,klien India.

Hari Kelima: 22/01/2010

Lepas bacaan yassin di surau, PMD bermula dari pagi "Temuduga, dan RESUME,buat Bimbingan kelompok - Membina perancangan Bahasa Inggeris. -6 Orang pelajar, bimbingan susulan pada hari Isnin.

Hari Keenam: 23/01/2010

Buat Rekod Kehadiran PMD, buat brosur perancangan tahunanUBK, buat sesi kaunseling individu dengan pelajar tingkatan 3, buat temujanji dengan pelajar

Hari ketujuh:

Hari ketujuh : 25/01/2010
Jaga check point merentas desa - rehearsal. Tak minat sukan, tapi terpaksa. Sekurang-kurangnya blh bagi semangat pada orang sukan pun dah cukup sebagai guru kaunseling, buat repot ROS, temujanji dengan klien untuk buat sesi lagi hari ini. Target dua klien. Mungkin 11.30 am sekejap lagi buat sesi kaunseling.

26/01/2010
Busy day. Ceramah dan handle program PMD berkala form 5. Meeting kem kepimpinan.Tiba-tiba nama aku terselit sorg dengan guru-guru, and pljar UPM kna handle. Buat sesi dengan pelajar. Mula-mula kelompok..tapi terpaksa bubar, kes-kes tertentu. Buat sesi individu. YAAllah, semoga pelajar ini berjaya menjadi manusia yang sangat berjaya kelak. Very touching day. Pelajar datang bilik kaunseling 4 orang pljar lelaki ajak masuk kelas mereka, katanya mereka bosan cikgu tak ada..pernah masuk minggu lepas kelas dorg..then kali ni dorg dtg suruh masuk lagi..huhu. Then, sorg pljar datang kongsi2 pasal pakwe dia..layan jer lahhh...bukan klien aku pun..tapi dia saja nak bercerita..Cikgu, meh saya bawakan beg cikgu..abih beg aku dia angkut..Ada pelajar masuk bilik kaunseling..bilik kaunseling memang tumpuan ramai di sekolah ini. Cikgu, saya lapar la cikgu..balik lambat nanti..sayu jer rasa hati..tanya bawak brapa hengget RM 2 jer..hurmm..masa aku skolah dulu RM 3 mak aku bagi..tu tahun lama dah..tahun 2010 ni aku rasa lagi lah tak cukup..selidik punya selidik..dorg ni kerja lepas balik skolah..ajak dorg makan..blh aku katakan..pljar2 skolah ni rata2 bekerja,..perkara biasa..aku blanja dorg guna duit untung jual tudung..huhuuhu...ksian sungguh budak2 ni...aku ingt pesan arwah ayah aku..walaupun kita bukan berada, tapi tak salah kita menyuap pada mulut orang yang memerlukan..Seorang pelajar lelaki bergenang air mata..aku pun turut bergenang air mata hari ini..ada kisah antara kami..

Siapkan carta organisasi HEM, sambung kerja semalam untuk board Besar bilik gerakan..Buat sesi kelompok..sesi individu..esok 3 klien menunggu...sesi kedua..aku nihhhh..sesi macam tah apa2..jer..adeiiiiiiiiiiii!!Kunci bilik kaunseling kat aku skg neehh...kaunselor pagi n ptg suh pegang..sbb balik lambat sangat..hamiikkkk...!Pergi skolah pkul 7.10 pg..dah sampai kat sana..Kalau p kuliah tu jgn arap aku nak awal..haha..balik plak kdg2 2.30 sampai umah dan skrg ni pkul 4 sampai umah..huhu

27/1/10

Program PMD lagi. Kena handle. Busy gila.Klien datang tak putus-putus. Kalau aku penat, aku ambil 2 sesi jer sehari. Sampai bertindan pun ada. Aku suruh masuk kelas dulu., Adus!Full bilik kaunseling nak buat sesi. Buat B. kelompok sambung sesi 2 Bimbingan kelompok bagi group sama Cara Untuk Tingkatkan BI.(Boleh sambil-sambil aku belajar). Pelajar-pelajar SMS sampai tak sempat aku balas. Aduh.

28/1/10

Pogram PMD. Kat dewan. Aku buat role play. Enjoy dengan pelajar-pelajar walaupun mereka kelas hujung. Tingkatan 5 ada 12 kelas.Bayangkan!!!Sambung buat plan. Pelajar datang bilik kaunseling aku kena layan. Siap ajak aku berborak. Katanya nak sembang ngn cikgu boleh x?Cikgu dalam kelas kami xda, cuti beranak. Hari-hari pelajar muka sama. Then, yang tak dikenali pun datang cakap nak buat sesi dengan aku.Sampai aku suruh masuk kelas dulu, kena detect jgk tkut pljar mai nak lepak. Hari ni balik 4.30 pm. Sesi petang pun cikgu mtk teruskan PMD. Sejak akhir-akhir ini, balik 4 lebih..banyak kena buat. Sampai tak tahu nak cakap apa y aku buat.Jumpa Pen.Kanan. Cikgu-cikgu respon positif.Alhamdulillah. Skg ni nak settle Brosur, Ros, then Mural di Bilik Kaunseling, aku kena tugas untuk Kem Kepimpinan lagi, tiba-tiba terjelepuk nama aku sorg kat senarai tuu...Paling Penting PPD nak datang 4.2.2010 check bilik Kaunseling.

Kalau aku nak cakap, UBK sekolah aku ni macam pasar boleh x?Pelajar selalu keluar masuk jer.Tak terlayan. Paling penting, aku dapat didik hati aku memahami manusia dan dekat dengan pelajar.

29/02/2010 - 01/02/2010
Akan dicatat

02/02/2010 (Selasa)

Program PMD 7.40 pm hingga pukul 10.55. Sesi Individu 11.30. Klien India. 12.30 pm sesi individu klien Melayu. Bimbingan kelompok 1.05 pm, Teknik Belajar Sejarah. 3.45 balik.

Friday 8 January 2010

Assalamualaikum.

Lama CA tidak menjengah blog ini. Untuk menjadi salah seorang warga SMKTIS, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Semoga CA dapat menjadi warga SMKTIS yang baik dan berusaha bersama-sama warga SMKTIS terutamanya Unit Bimbingan dan Kaunseling. Harapan persediaan mental, semangat dan sokongan warga SMKTIS amat diperlukan untuk CA bersama-sama berusaha walaupun CA sebenarnya praktikum. Selangkah masuk ke SMKTIS, CA ialah warga pendidik di sana. InsyaAllah. Kepada yang memerlukan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, bolehlah ke bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling kelak. Tidak bermakna jika anda ke bilik kaunseling, anda orang yang bermasalah. Wal hal mungkin ada sesuatu perkongsian yang ingin dikongsikan...Mungkin dari segi pelajaran, minat dan sebagainya. Jumpa CA ya nanti.

"Pesanan untuk CA sendiri, untuk menjadi seseorang yang hebat, kita mesti menjadi diri sendiri dan seorang yang berbeza."


;;