Friday 26 February 2010

Alhamdulillah


Selesai sudah Program Kepimpinan Pelajar SMKTIS yang disertai oleh 75 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Tingkatan dan juga Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Tahniah buat semua. Semoga anda menjadi pemimpin yang hebat.

Keterlibatan anda sebagai pemimpin di sekolah amat penting dalam mengasah bakat kepimpinan dan juga sebagai nilai tambah untuk anda jika ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA. Bermula tahun hadapan, penilaian untuk ke universiti dikira 70 peratus akademik dan 30 peratus kokurikulum. Dengan menyertai badan kepimpinan, anda pasti mempunyai kekuatan dalam memimpin diri, dan rakan-rakan di sekolah dalam usaha membantu guru-guru di sekolah. Tahniah buat semua!

Nak tengok gambar????Kat bawah tuuuuuuu...hehe











;;