Rumah yang 
CA bakal duduk masa praktikal nanti. Hope 
CA dapat enjoy dan dapat sesuatu yang baru tinggal di tempat orang kelak. Macam mana 
CA dapat umah ni? Rumah ni rumah Dr.Alya Zara @ Kak Win kiter tu..suruh tinggal dengan ibu bapa mereka yang sekarang ini pun tinggal berdua. Ni pun atas saranan dia suruh tinggal di sini. 
CA terima dengan hati terbuka dan seronok-beronoknya. Suasana nampak macam best, tambah pulak ada 
pantai. 
CA suka bangat!!!!Jarak nak ke 
Sekolah Menengah Tengku Idris Shah (SMKTIS) tu dalam 15 minit kalau memecut dengan motoboat..hehe..ops..motosikal. Nanti sama-sama 
CA akan merempit dengan partner nanti. Tunggu...kisah praktikum nanti yang pelbagai ragam...Kelak suasana baru akan 
dirasai, dialami, dinikmati, dipelajari dan saling terbina ukhwah di sekitarnya. Terima kasih dan kredit kepada Dr.Alya dan keluarga, Mak Cik dan Pak Cik yang membenarkan 
CA tinggal di situ.  Syukur juga pada Allah SWT kerana mempermudahkan urusan 
CA. Semua ini adalah kebetulan yang telah Tuhan tentukan. 
CA tidak tahu menahupun rumah Dr.Alya di sini. Semoga kemeriahan dirasai apabila berada di tempat orang kelak. Paling penting, kaki dan hati ini, ingin sentiasa 
meneroka ke tempat baru. 
CA ikut sahaja ULM tempatkan. Rezeki ikut kata hati ni.Huhu.
"Rezeki dan kemudahan yang Allah bantu, ucaplah syukur, Alhamdulillah"
0 Sapa yang Bijak Tu..hehe:
Post a Comment